Monday, April 13, 2009

tips kkesihatan iklim tropika

Terhidrasi dan Panas Matahari
Sinaran matahari di Malaysia agak terik sepanjang tahun. Pelancong perlu sentiasa berhati-hati agar tidak mengalami selaran matahari. Kekurangan air dan kehilangan garam badan juga merupakan dua masalah utama bagi pelancong yang tidak arif mengenai iklim tropika. Pastikan anda minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan garam dalam badan. Pelancong juga perlu memastikan mereka membawa pakaian yang sesuai untuk iklim yang panas dan lembap di sini.
Nyamuk
Oleh sebab iklim yang panas dan lembap di sini, gangguan nyamuk wujud sepanjang tahun. Tiga penyakit yang lazimnya disebarkan oleh nyamuk adalah demam denggi, malaria, seta ‘Japanese B. Encephalitis’. Bagi mengelakkan gangguan nyamuk, kutu dan lain-lain serangga sepertinya, gunakan semburan serangga khas yang mengandungi DEET, yang boleh disemburkan pada badan atau pakaian.

Risiko jangkitan malaria bagi pelancong yang datang ke Malaysia adalah amat rendah. Tetapi, jika ianya berlaku, tempat paling berkemungkinan untuk dijangkiti penyakit ini adalah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan bandar-bandar utama yang lain. Risiko penyakit malaria juga wujud di Malaysia Timur sepanjang tahun. Tetapi risiko ini lebih banyak wujud berhampiran kawasan sempadan dan jauh dari kawasan pantai. Rawatan pencegahan prophylaxis adalah disarankan bagi pelancong yang melawat Negeri Sabah dan Sarawak.

Demam Kuning
Risiko demam kuning tidak terdapat di Malaysia. Sijil vaksinasi demam kuning diperlukan daripada pelancong yang datang dari negara-negara Amerika Selatan atau subSahara Afrika

Makanan
Secara amnya, standard kebersihan penyediaan makanan di seluruh Malaysia adalah tinggi. Bagaimanapun, pastikan makanan dan minuman anda selamat. Berhati-hati ketika mencuba makanan dari penjaja tepi jalan. Minum air botol atau air yang telah dididih, atau pun air tin dan air botol berkarbonat.

Jika boleh, elakkan dari meminum air paip, minuman segera pancuran, serta minuman berais. Bawa pil iodine serta penapis air mudah-alih bersama anda jika menuju ke tempat di mana air botol mungkin sukar didapati. Pastikan anda membasuh tangan dengan sabun dan air.

Sebagai langkah berjaga-jaga, bawa juga ubat anti-cirit-birit serta antibiotik yang disarankan oleh doctor bagi merawat cirit-birit yang sederhana atau teruk.

Vaksin
Vaksin yang disarankan: Poliomyelitis (booster kanak-kanak) Tetanus (booster kanak-kanak), Tibi (penyakit yang disebarkan menerusi makanan dan air), Hepatitis A (penyakit yang disebarkan menerusi makanan dan air).

Bagi pelancong yang menuju ke luar bandar dan pekan, vaksinasi tambahan yang disarankan termasuklah Hepatitis B, Rabies (penyakit anjing gila), Japanese B Encephalitis, Tuberculosis (batuk kering) dan Meningitis. Bagi mereka yang melawat Negeri Sabah dan Sarawak pula, rawatan pencegahan prophylaxis Malaria sangat disarankan.

http://www.tourismmalaysia.gov.my/my/about/essentials_health.asp

No comments:

Post a Comment