Sunday, April 12, 2009

Kempen Cara Hidup Sihat 1991


Kempen cara Hidup Sihat telah dilancarakan oleh Y.B menteri Kesihatan Y.B Dato' Lee Kim Sai pada 25 Mei 1991. Bermulalah satu era baru dalam pelaksanaan program pendidikan kesihatan di Malaysia. Tema Kempen Cara Hidup Sihat 1991 "Cintailah JANTUNG Anda". Fokus utama diberikan kepada aspek- aspek penggalakkan senaman, pengambilan makanan yang berkhasiat dan mengikut keperluan, memberhentikan tabiat seperti merokok serta aspek tekanan emosi. Penyakit kardiovaskular merupakan salah satu punca utama kematian yang dilaporkan di hospital-hospital kerajaan.

Pada dasarnya penyakit kardiovaskular berhubungkait dengan kerosakan yang terjadi pada sistem pembuluh darah, jantung ataupun kedua-duanya sekali. Kelainan pada pembuluh darah bermaksud penyempitan pada pembuluh darah nadi.

Di antara faktor risiko yang berkaitan dengan kejadian penyakit kardiovaskular adalah seperti:

  • Merokok
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Pemakanan yang tidak baik / berat badan berlebihan
  • Kurang aktif / tidak bersenam secara berkala
  • Tekanan

Berdasarkan kepada faktor-faktor risiko ini, maka adalah disarankan cara yang terbaik bagi mencegah penyakit ini ialah mengamalkan cara hidup yang sihat seperti berikut;

  • Jangan merokok jika belum pernah merokok dan berhenti jika telah merokok.
  • Mengamalkan cara pemakanan yang sihat berdasarkan piramid makanan.
  • Capai dan kekalkan berat badan yang unggul melalui kaedah pemakanan dan juga dengan cara melakukan senaman berkala ataupun mengamalkan budaya hidup aktif.
  • Bersabar dan tenang dalam menjalani kehidupan boleh mengelakkan tekanan

No comments:

Post a Comment

Post a Comment