Tuesday, April 28, 2009

Gejala Selesema Babi / Swine Flu


Swine Flu / Selesema Babi

Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu.Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.“Selesema babi telah merebak di Mexico dan pengawasan di semua pintu masuk negara ini perlu diperketatkan segera.“Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit, kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai berkata, beliau belum menerima laporan terkini wabak tersebut daripada Bahagian Kawalan Penyakit dan hanya mengetahuinya melalui laporan media pagi ini.Beliau turut menyatakan komitmen untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai wabak berbahaya itu kepada masyarakat.

Monday, April 13, 2009

tips kkesihatan iklim tropika

Terhidrasi dan Panas Matahari
Sinaran matahari di Malaysia agak terik sepanjang tahun. Pelancong perlu sentiasa berhati-hati agar tidak mengalami selaran matahari. Kekurangan air dan kehilangan garam badan juga merupakan dua masalah utama bagi pelancong yang tidak arif mengenai iklim tropika. Pastikan anda minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan garam dalam badan. Pelancong juga perlu memastikan mereka membawa pakaian yang sesuai untuk iklim yang panas dan lembap di sini.
Nyamuk
Oleh sebab iklim yang panas dan lembap di sini, gangguan nyamuk wujud sepanjang tahun. Tiga penyakit yang lazimnya disebarkan oleh nyamuk adalah demam denggi, malaria, seta ‘Japanese B. Encephalitis’. Bagi mengelakkan gangguan nyamuk, kutu dan lain-lain serangga sepertinya, gunakan semburan serangga khas yang mengandungi DEET, yang boleh disemburkan pada badan atau pakaian.

Risiko jangkitan malaria bagi pelancong yang datang ke Malaysia adalah amat rendah. Tetapi, jika ianya berlaku, tempat paling berkemungkinan untuk dijangkiti penyakit ini adalah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan bandar-bandar utama yang lain. Risiko penyakit malaria juga wujud di Malaysia Timur sepanjang tahun. Tetapi risiko ini lebih banyak wujud berhampiran kawasan sempadan dan jauh dari kawasan pantai. Rawatan pencegahan prophylaxis adalah disarankan bagi pelancong yang melawat Negeri Sabah dan Sarawak.

Demam Kuning
Risiko demam kuning tidak terdapat di Malaysia. Sijil vaksinasi demam kuning diperlukan daripada pelancong yang datang dari negara-negara Amerika Selatan atau subSahara Afrika

Makanan
Secara amnya, standard kebersihan penyediaan makanan di seluruh Malaysia adalah tinggi. Bagaimanapun, pastikan makanan dan minuman anda selamat. Berhati-hati ketika mencuba makanan dari penjaja tepi jalan. Minum air botol atau air yang telah dididih, atau pun air tin dan air botol berkarbonat.

Jika boleh, elakkan dari meminum air paip, minuman segera pancuran, serta minuman berais. Bawa pil iodine serta penapis air mudah-alih bersama anda jika menuju ke tempat di mana air botol mungkin sukar didapati. Pastikan anda membasuh tangan dengan sabun dan air.

Sebagai langkah berjaga-jaga, bawa juga ubat anti-cirit-birit serta antibiotik yang disarankan oleh doctor bagi merawat cirit-birit yang sederhana atau teruk.

Vaksin
Vaksin yang disarankan: Poliomyelitis (booster kanak-kanak) Tetanus (booster kanak-kanak), Tibi (penyakit yang disebarkan menerusi makanan dan air), Hepatitis A (penyakit yang disebarkan menerusi makanan dan air).

Bagi pelancong yang menuju ke luar bandar dan pekan, vaksinasi tambahan yang disarankan termasuklah Hepatitis B, Rabies (penyakit anjing gila), Japanese B Encephalitis, Tuberculosis (batuk kering) dan Meningitis. Bagi mereka yang melawat Negeri Sabah dan Sarawak pula, rawatan pencegahan prophylaxis Malaria sangat disarankan.

http://www.tourismmalaysia.gov.my/my/about/essentials_health.asp

Sunday, April 12, 2009

54 Lokaliti Dikenal Pasti 'kawasan Panas' Denggi

PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) :

Lima puluh empat kawasan di empat negeri --Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak -- dikenalpasti sebagai 'kawasan panas' bagi wabak denggi.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican berkata ini kerana kesemua kawasan terbabit masih belum bebas daripada wabak denggi walaupun sudah melebihi tempoh sebulan sejak kes pertama dilaporkan.

Sesebuah kawasan itu sepatutnya boleh bebas daripada kes baru dalam tempoh dua minggu melalui langkah kawalan dan pencegahan serta kerjasama penduduk, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata sebanyak 1,255 kes denggi dilapor bagi kawasan-kawasan itu dengan tempoh wabak antara 30 hari hingga 125 hari.

"Aktiviti kawalan yang dijalankan di kawasan itu juga tidak berkesan kerana kurang kerjasama penduduk seperti rumah tidak dapat disembur kerana tertutup atau enggan, juga kebersihan persekitaran yang tidak baik," katanya.

Beliau berkata 54 'kawasan panas' itu ialah seperti berikut:

Di Selangor membabitkan kawasan Petaling (Flat A dan Flat C Seksyen 7, Teres A Seksyen 7, Teres A dan Teres B Seksyen 18, Seksyen U3 Subang Perdana dan Seksyen U10 Puncak Perdana);

Kajang (Taman Kajang Perdana, Taman Semenyih Indah, Taman Koperasi Cuepacs Batu 12, Taman Cheras Jaya, Taman Industri Mega, Taman Sri Jelok, Taman Zamrud, Taman Kajang Baru, Taman Kajang Jaya, Seksyen 2 Bandar Sri Putra, Seksyen 2 Bandar Rinching, Zon 1 Taman Sepakat Indah, Zon 1 Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, Zon 3 Seksyen 16 Bandar Baru Bangi, Zon 5 Seksyen 16 Bandar Baru Bangi dan Zon 4 Taman Bukit Mewah);

Shah Alam (Apartment Perdana Seksyen 13, Flat 18/3 (Eps 2), Flat PKNS Seksyen 20, Flat Seksyen 6, Padang Jawa B, Padang Jawa C, Pangsapuri Anggerik Seksyen 16, Seksyen 10, Seksyen 11, Taman Alam Indah Seksyen 33, Teres A Seksyen 25, Teres C Seksyen 27, Teres A Seksyen 25 dan Teres A Seksyen 8);

Gombak (Bandar Baru Selayang F2, Kampung Laksamana, Taman Pinggiran Batu Caves Z2, Taman Samudera Timur dan Taman Sri Gombak Zon 3); Subang Jaya (Taman Puchong Perdana dan Taman Serdang Perdana); Hulu Selangor (Bandar Baru Batang Kali); Hulu Langat (Kampung Sg Kantan Kajang dan Kuarters Penjara Kajang); dan di Sepang (Taman Seroja Zon A).

'Kawasan panas' di Kuala Lumpur ialah Apartment Mentari, Lestari, Cendana, Bandar Sri Permaisuri, Flat Sentul Utama, Menara Orkid Bandar Baru Sentul dan Taman Setiawangsa, manakala di Pahang ialah Taman Mahkota Bukit Sekilau, Kuantan dan di Perak membabitkan kawasan Taman Mewah Kamunting, Taiping.

Sementara itu Dr Ismail berkata pada keseluruhannya terdapat 273 lokaliti wabak itu di seluruh negara berikutan terdapat sekurang-kurangnya dua kes dilaporkan di setiap lokaliti dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

Sebanyak 195 kes dilapor di Selangor, Kuala Lumpur (32), Johor (11), Pahang (9), Perak (8), Pulau Pinang (6), Sabah (3), masing-masing dua di Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka serta satu kes di Terengganu, Kelantan dan Sarawak.

Mengenai keadaan denggi semasa, Dr Ismail berkata sebanyak 1,310 kes dengan lima kematian dilapor di seluruh negara bagi tempoh 18 Jan hingga 25 Jan lepas, berbanding 1,578 kes dan empat kematian pada minggu sebelumnya.

"63 peratus daripada kes ini berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur, manakala negeri lain juga menunjukkan peningkatan kes kecuali Terengganu, Sabah dan Labuan," katanya.

Bagi kes Chikungunya, Dr Ismail berkata sebanyak 136 kes dilapor dalam tempoh yang sama dengan majoriti kes ialah di Perak (48), Selangor (24), Johor (17) dan Kelantan (16).

Secara keseluruhan, jumlah kes denggi sejak 1 Jan hingga 25 Jan tahun ini ialah 4,521 kes dengan 13 kematian, manakala Chikungunya mencatat 500 kes, katanya.

Maklumat denggi dan Chikungunya boleh didapati daripada laman web kementerian di www.moh.gov.my atau daripada fasiliti kementerian berdekatan.

-- BERNAMA

Malaysian Association For The Prevention Of Tuberculosis



sumber :Malaysian Association For The Prevention Of Tuberculosis

Penyakit TIBI


TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

Bagaimana TIBI Merebak ?

Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-Tanda TIBI

  • Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mungkin mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hlang selera makan
  • Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah menjadi letih

Cara Mengesan Penyakit TIBI

Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-

  1. mendapatkan pemeriksaan doktor
  2. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
  3. menjalani pemeriksaan x-ray dada

Rawatan

Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.

  • 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
  • 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu

Pencegahan

  • Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
  • Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
  • Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan

sumber : http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/penyakit_tibi.htm

Piramid Makanan

Tip Gaya Hidup Sihat

tip gaya hidup sihat

1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

4. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

5. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

6. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

8. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

Tak Nak

PROSTAR


PROSTAR adalah singkatan kepada “Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja”. Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Ide penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.

KONSEP PROSTAR

PROSTAR berkonsepkan “Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.

FORMULA

Formula PROSTAR terdiri daripada simbol-simbol berikut:-:

+ tambah maklumat
- bahagi tanggungjawab
x gandakan usaha
- tolak risiko
= hidup sihat tanpa AIDS


sumber : http://www.prostar.gov.my/Prostar_BM.asp

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
  • Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk


Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.


Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.



Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.

Info daripada: http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=17

HIV/AIDS


Malaysia ialah tempat terdapatnya epidemik AIDS yang kelima paling pesat merebak di rantau Asia Timur dan Pasifik dengan kadar semasa jangkitan HIV berganda setiap tiga tahun.

Di antara kes yang pertama kali dikesan pada tahun 1986 dan bulan Disember 2006, 76,389* orang telah dijangkiti HIV manakala 9,155* orang telah meninggal dunia akibat AIDS. Statistik ini menunjukkan purata 17 orang yang diuji positif bagi virus ini setiap hari.

Wabak di Malaysia ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pengguna dadah suntikan yang merupakan kira-kira 73% daripada jumlah kes. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan tentang tularan heteroseksual yang sedang meningkat. Perkadaran wanita yang dilaporkan mempunyai HIV telah bertambah dengan besar pada dekad yang lalu daripada 4% pada tahun 1995 kepada 15% kes baru menjelang akhir tahun 2006. Kajian menunjukkan bahawa pada tahun 2006, lebih banyak suri rumah diuji positif HIV berbanding dengan pekerja seks. Pada masa yang sama, peratus bayi yang dilahir dengan HIV juga meningkat dari 0.2% kes baru pada tahun 1991 kepada 1.4% kes bagi tahun 2006.

Sama seperti di kebanyakan bahagian dunia, bilangan golongan muda di Malaysia dengan jangkitan HIV meningkat setiap tahun. Statistik bulan Disember 2006 daripada Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa 36% jangkitan ini adalah dalam kalangan umur antara 13 hingga 29 tahun. Kemungkinan orang yang dijangkiti HIV sebelum usia 30 telah dijangkiti dalam lingkungan umur dua puluhan malah ada antaranya semasa usia remaja mereka

Ketidaksaksamaan gender, stigma, diskriminasi, berdiam diri, penafian dan kejahilan menjadi bahan pembakar wabak ini di Malaysia.

* Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

DIABETES






Diabetes telah menjadi masalah kesihatan yang utama di dunia dan Malaysia. Hampir 10% atau satu dalam 10 orang penduduk dewasa Malaysia menghidap diabetes. Diabetes Malaysia diwujudkan bertujuan untuk menyokong usaha-usaha pelbagai pihak di Malaysia dalam menangani penyakit diabetes. Kami mengalu-alukan anda semua menggunakan laman portal ini. Salurkan cadangan, teguran atau apa-apa saja kepada kami untuk dikongsikan dengan pengguna-pengguna lain.

"Diabetes telah menjadi suatu epidemik penyakit yang senyap dan besar yang mampu melumpuhkan perkhidmatan kesihatan di kebanyakan tempat di dunia"

Dr Robert Beaglehole, Pengarah Penyakit Kronik dan Promosi Kesihatan, WHO.
Semasa melancarkan program "Diabetes Action Now, May 2004

Cegah Denggi/Chikungunya

Apa itu COMBI ..?

PROGRAM COMBI


COMBI ialah singkatan bagi "COMmunication for Behavioural Impact" (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku) iaitu satu program menggunakan pendekatan komunikasi untuk mengubah tingkahlaku manusia.

Konsep telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan digunakan oleh beberapa buah negara dalam mencegah dan mengawal penyakit Tuberkulosis (TB), Kusta dan Filariasis.

Di Malaysia, pendekatan ini digunakan bagi mencegah dan mengawal penyakit Demam Denggi.



Dua Tingkahlaku yang diamalkan dalam program COMBI:

- Periksa dalam dan luar rumah setiap hujung minggu dan hapuskan
tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.

- Dapatkan rawatan segera di hospital/ klinik kesihatan sekiranya
demam dan mempunyai tanda-tanda demam denggi.

Jantung Sihat

Cara Hidup Sihat

Hepatitis A/ Demam Kepialu

Hepatitis A

  • Hepatitis A di sebabkan oleh virus Hepatitis A .
  • Ia mengakibatkan hati anda bengkak dan kurang berfungsi.
  • Hepatis A cepat berjangkit.
  • Penyakit ini tidak menyebabkan maut atau kematian.
  • Penyakit ini tidak menyebabkan jangkitan kuman yang berterusan.

Jangkitan dari hepatitis A akan menghasilkan kelalian (imuniti) terhadap penyakit ini sepanjang hayat.

Di Malaysia, terdapat 222 kes-kes hepatitis A pada tahun 2003 (kadar insiden 0.89/1000 penduduk)



Apakah jenis-jenis makanan yang biasa dikaitkan?

  • Buah - buahan dan sayuran mentah
  • Makanan bercengkerang yang diambil dari air yang tercemar( kerang, etok, lala, kepah, kupang dan tiram )
  • Air
  • Ais

Apakah tanda-tanda dan gejala?

  • Mata kekuningan
  • Kencing kotor dan berwarna gelap
  • Loya
  • Demam
  • Keletihan / kelesuan
  • Kurang selera makan
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Gatal seluruh badan
  • Najis berwarna seperti tanah liat (kuning pucat)

Perhatian: Tidak semua pengidap mendapat gejala seperti diatas. Gejala ini akan muncul dalam jangka masa beberapa hari



Bagaimanakah penyakit ini merebak?

  • Melalui dampingan rapat dari seorang yang mengalami jangkitan
  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar
    • Makan makanan seperti buahan, sayuran atau lain-lain makanan yang telah tercemar semasa mengendalikannya
    • Makan makanan bercengkerang yang diambil dari air tercemar
    • Minum minuman air atau ais batu yang tercemar

Rawatan

  • Kebanyakkan orang yang mendapat hepatitis A akan sembuh sendiri dalam beberapa minggu
  • Rehat untuk beberapa hari / minggu dan elakkan dari minum minuman keras
  • Tiada ubatan khusus atau antibiotik bagi merawat hepatitis A


Bagaimanakah untuk mencegah hepatitis A?

  • Dapatkan vaksin Hepatitis A
  • Amalkan kebersihan diri:
    • Basuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas ke tandas, menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan
    • Pakai sarung tangan jika anda ada menyentuh najis, darah atau cecair badan dari seseorang
    • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja (najis)yang sempurna terutama salepas banjir atau bencana alam.
  • Elakkan makanan yang berisiko:
    • Sayuran mentah / ulam dan buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih,
    • Ais batu kecuali ais batu dibuatkan dari air masak / air dari bekalan botol
    • Makanan separuh masak atau ikan mentah atau jenis kekerang mentah
  • Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna atau makanan panas.
  • Hanya menggunakan air yang bersih
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Elakkan dari berenang dalam kolam air tercemar ataupun sungai yang kotor

Apakah tindakan jika saya disyaki mendapat penyakit demam kepialu?

Jumpa doktor anda dengan segera.

Makanan Berbahaya

Keracunan makanan

Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).


Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan :

  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
  • Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
  • Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

  • Keracunan tersebut
  • Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:

  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
  • Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
  • Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
  • Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
  • Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
  • Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:

  • Sentiasa menjaga kebersihan
    • Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
    • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
    • Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
    • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
  • Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
    • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
    • Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
    • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
  • Sentiasa masak dengan sempurna
    • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
    • Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
  • Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
    • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
    • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
  • Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
    • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
    • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
    • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  • Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
    • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai kesihatan
  • Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
  • Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
sumber:MyHEALTH

Chikungunya -1

Panduan Makanan Sihat

CHIKUNGUNYA


Tanda dan Gejala

Masa inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya adalah amat serupa dengan demam denggi, tetapi demam chikungunya jarang diikuti oleh pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome).

Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:

  • Demam
  • Kesejukan
  • Sakit kepala
  • Letih
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit otot
  • Ruam
  • Sakit sendi.

Rawatan

Masa kini tiada ubat atau vaksin untuk rawatan demam chikungunya. Walau bagaimanapun dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak minum air dan mengambil ubat penahan sakit, boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan. Jika anda mempunyai gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.

Pencegahan

Tip-tip semasa mengembara/bersiar

  • Guna sapuan pencegah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari.
  • Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar.
  • Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk

Walau bagaimanapun jika anda masih mengalami demam, berjumpalah doktor segera dan lakukan ujian darah. Jika ujian darah anda didapati positif dengan virus ini, tinggal di dalam rumah untuk mengurangkan gigitan nyamuk dan ini dapat mengelak bertambahnya rebakan jangkitan. Di rumah cara pencegahan demam chikungunya ini adalah sama dengan demam denggi. Pembersihan air takungan dalam pasu bunga, bekas bunga, saluran bumbung dan tin minuman dapat mengelak pembiakkan pembawa nyamuk Aedes.

Kempen Cara Hidup Sihat 1991


Kempen cara Hidup Sihat telah dilancarakan oleh Y.B menteri Kesihatan Y.B Dato' Lee Kim Sai pada 25 Mei 1991. Bermulalah satu era baru dalam pelaksanaan program pendidikan kesihatan di Malaysia. Tema Kempen Cara Hidup Sihat 1991 "Cintailah JANTUNG Anda". Fokus utama diberikan kepada aspek- aspek penggalakkan senaman, pengambilan makanan yang berkhasiat dan mengikut keperluan, memberhentikan tabiat seperti merokok serta aspek tekanan emosi. Penyakit kardiovaskular merupakan salah satu punca utama kematian yang dilaporkan di hospital-hospital kerajaan.

Pada dasarnya penyakit kardiovaskular berhubungkait dengan kerosakan yang terjadi pada sistem pembuluh darah, jantung ataupun kedua-duanya sekali. Kelainan pada pembuluh darah bermaksud penyempitan pada pembuluh darah nadi.

Di antara faktor risiko yang berkaitan dengan kejadian penyakit kardiovaskular adalah seperti:

  • Merokok
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Pemakanan yang tidak baik / berat badan berlebihan
  • Kurang aktif / tidak bersenam secara berkala
  • Tekanan

Berdasarkan kepada faktor-faktor risiko ini, maka adalah disarankan cara yang terbaik bagi mencegah penyakit ini ialah mengamalkan cara hidup yang sihat seperti berikut;

  • Jangan merokok jika belum pernah merokok dan berhenti jika telah merokok.
  • Mengamalkan cara pemakanan yang sihat berdasarkan piramid makanan.
  • Capai dan kekalkan berat badan yang unggul melalui kaedah pemakanan dan juga dengan cara melakukan senaman berkala ataupun mengamalkan budaya hidup aktif.
  • Bersabar dan tenang dalam menjalani kehidupan boleh mengelakkan tekanan

Tanda-Tanda Demam Denggi

Demam Denggi


Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah


Unit Kesihatan Awam













Unit Di Bawah Bahagian Kesihatan Awam Negeri Johor

*secara amnya unit ini lebih kurang sama dengan Jabatan Kesihatan Di Negeri2 yang lain di Malaysia.

1.Kesihatan Keluarga
2.Kawalan Penyakit Berjangkit
3.Kawalan Penyakit AIDS
4.Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
5.Kawalan Tb/Kusta
6.Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
7.Kawalan Pekerjaan dan Alam sekitar
8.Keselamatan dan Kualiti Makanan
9.Promosi Dan Pendidikan Kesihatan
10.Makmal Kesihatan Awam

Pengenalan

PENGENALAN

Merupakan salah satu bahagian di dalam Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Mempunyai 10 buah unit bawahnya dan 8 buah Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh Johor.

VISI

Menjadi peneraju dan penggerak utama ke arah pencegahan, perawatan, pemantauan dan promosi kesihatan yang cekap serta mesra pelanggan dan masyarakat.


MISI

Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan, professional dan berhemah, dedikasi dan bertanggungjawab serta mengutamakan kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program Kesihatan Awam.

DASAR KUALITI

Kami komited untuk menjadikan Bahagian Kesihatan Awam Negeri Johor sebagai jabatan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi memenuhi kehendak masyarakat dan memenuhi kehendak masyarakat dan berusaha membuat penambahbaikan secara berterusan melalui kaedah dan teknologi yang bersesuaian serta kepatuhan yang konsisten terhadap sistem kualiti untuk meningkatkan taraf kesihatan.




*p/s- secara amnya aku ambil data ni dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor sbb aku bertugas di bwah JKNJ.